Setelah selesai mengisi ruang perjuangan di Penanti, para pejuang dan aktivis parti akan bergerak pula menyahut seruan perjuangan di Manik Urai, sebuah lagi DUN dalam jajahan takluk Pakatan Rakyat.
Pun demikian, jangan PR memandang enteng situasi di Manik Urai, meski pun ianya dalam negeri naungan TGNA, juga kawasan kubu kuat PAS, Allah akan mengambilnya sekelip mata (kun fayakun) jika kita mendabik dada dan over-confident.
Harus kita ingat bahawa TokPa, yang baru ditabalkan sebagai Ketua Umno Kelantan menggantikan Nuar Musa, dengan apa cara sekali pun akan mencuba untuk mengembalikan kegemilangannya sewaktu era PRU 2004 dahulu bilamana aura TokPa memahat saat genting pemerintahan Pas dengan kelebihan 1 ADUN sahaja.
Aku bersangkabaik bahawa ramai juga rakyat Kelantan rasa senang dengan TokPa kerana profailnya yang lebih baik berbanding dengan Nuar Musa, yang pasti dengan stail kesederhanaanya akan membina kekuatan baru Umno Kelantan.
Tetapi kita mesti yaqin selagi niat kita suci, jiwa kita murni, perjuangan kita abadi, untuk memelihara agamaNya ini, Allah akan bersama-sama dengan kita.
Semoga semangat yang masih dan senantiasa berkobar serta istiqomah para pejuang dari 5 siri
Takbir!!!
0 comments:
Post a Comment