Saturday, June 27, 2009

Ingatkan TokPa Terer Tapi...

Tapi rupanya sama bodoh macam Anuar Musa. Umno boleh menang ke kat Manik Urai? TokPa pun takde kualiti jugak. Camner TokPa boleh ganti Anuar Musa? Satu sebab je sebab TokPa low profile berbanding Nuar Musa. Lagi pun rekod TokPa bersih belum terpalit isu baham pitih.


Dari segi buah fikiran dan percakapan baik TokPa atau Nuar Musa tetap sama. Macam budak tak pass SPM cakap heh. TokPa guna idea lapuk macam ni...

Tegasnya, Nik Abdul Aziz perlu ingat bahawa kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah berjuang berhabis-habisan menghapuskan ancaman komunis di negara ini dan memerangi unsur-unsur yang boleh menjejaskan pegangan umat Islam.

“UMNO yang berjuang untuk menghapuskan komunis di negara ini, UMNO juga yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini, kalau tidak kerana UMNO yang mengharamkan komunis Nik Abdul Aziz pun belum tentu lagi hidup di Malaysia.

“Kita sama sekali tidak menyokong perjuangan komunis atau Chin Peng, yang menyokong Chin Peng adalah rakan sekutunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan bekas pemimpin parti itu dibawa masuk ke negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan jentera Pemuda BN di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.

Meh biar aku yang tak masuk Universiti ni nak tolong jawab. Engkau sembang dengan orang kampung kat kedai kopi boleh la TokPa.

Bukan Umno yang berjuang habis-habisan menghapuskan ancaman komunis di negara ni tapi pihak keselamatan, kerajaan dan rakyat. Tak pernah aku baca dalam buku sejarah Umno masuk hutan pegang senjata lawan komunis. Kalau korang Umno tengok cerita Bukit Kepong, ada ka manusia yang lawan komunis tu pakai lambang Umno. Lambang polis la. Dalam polis pun ada Umno ada Pas. Bodoh.

Bukan Umno sahaja yang bermatian mempertahankan tanah air, tapi semua rakyat semua kaum, dan bukan kerana Umno yang mengharamkan komunis tapi Kerajaan. Andai Pas yang menjadi Kerajaan takkan Pas nak claim bahawa Pas juga yang mengharamkan komunis tapi Kerajaan. Baghal.

Siapa pulak yang TokPa tuduh sokong komunis dan Chin Peng. Bukan Umno ke? Kalau tak kerana MCA sanggup zip mulut mana tak mahunya Umno bawa balik Chin Peng. Demi meraih sokongan Melayu dan kesinambungan nyawa-nyawa ikan Umno/BN maka isu Chin Peng diperbesarkan. Mustahil MCA dan kaum Cina tak bengkek tapi telan jelah. DSAI bukan kata dia sokong Chin Peng balik tapi bercakap atas dasar keadilan maka perlu ada pertimbangan. Bangang.

Aku tau maksud sebenar engkau TokPa tapi bercakap tu biar berlapik dan bernas. Engkau kan pemimpin a.k.a Menteri MITI a.k.a Ketua Perhubungan Kelantan maka bijak sket la bila buat kenyataan. Jangan anggap pendengar yakni rakyat ni pekak dan dungu.

Aku rasa kalau macam ni lah minda kau TokPa, alamat balik awal lah Umno. Orang Kelate majoritinya celik politik dan faham bahasa. Ingatkan TokPa hebat tapi kongkalikong.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET