Pembantaian banduan di penjara Sungai Buloh. Mujur ada yang bersimpati dengan nasib yang diterima oleh mangsa dan melaporkan atau trajedi ini akan terkubur bagai 'biar pecah diperut jangan pecah dimulut'. Apa yang cuba dizahirkan oleh setiap wadar berkenaan sehingga tergamak melakukan kezaliman sedemikian?
Enam orang banduan cedera parah selepas dikatakan dibelasah oleh pengawal penjara di Penjara Sungai Buloh semalam.
Badan hak asasi manusia, Suaram mendakwa, sejumlah 20 banduan dibelasah tetapi pihak berkuasa penjara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian tersebut.
Bagaimanapun, individu yang menjawab panggilan telefon, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawainya tidak akan memberi komen kerana perkara itu masih dalam siasatan.
Penyelaras Suaram, Tah Moon Hui berkata, sumber-sumber memberitahu pihaknya bahawa 20 banduan digari dan dibelasah oleh 10 pengawal penjara.
Beliau juga mendakwa, 14 banduan yang turut cedera, tidak diberi rawatan perubatan.

0 comments:
Post a Comment