KUANTAN, Jun 12 — “Saya yakin PAS dan Umno tidak boleh bekerjasama,” itulah sepatah komen orang lama Umno, Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang kini adalah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang. Fauzi adalah bekas ADUN Beserah, Ahli Parlimen Kuantan dan Timbalan Menteri semasa dalam Umno dahulu. Sebelum menyertai PKR, beliau pernah diura-urakan akan menyertai PAS. Beliau mengulas ribut kerajaan perpaduan yang ditafsirkan banyak pihak sebagai PAS mahu bekerjasama dengan Umno. Padahal, kerajaan perpaduan adalah cadangan Presiden PAS untuk menyatukan semua pihak dalam Pakatan Rakyat dengan semua pihak dalam BN bukannya kerjasama antara PAS dengan Umno. Bagi Fauzi pemimpin PAS adalah dari kalangan cerdik-pandai belaka, kerajaan perpaduan bagi beliau hanyalah batu yang dilontarkan pemimpin PAS ke lubuk Umno bagi menguji tenangnya air, rupa-rupanya banyak buaya dan ular yang sedang kebuluran. Dalam konteks Negeri Pahang, setelah menyertai dan memimpin PKR, sekaligus bersama PAS dalam Pakatan Rakyat, Fauzi memandang PAS sebagai tunjang bersama. Bersama Pakatan Rakyat, PAS sebagai sebuah parti akan terus bersatu dan semakin kuat. Sedangkan PAS, jika bersama-sama Umno dalam BN akan sentiasa dilihat dan dikenal sebagai “parti kedua orang Melayu.” Sebagai pemain kedua, bagi Fauzi, PAS tidak akan mampu berperanan di dalam BN dan tidak akan terserlah. PAS juga, jika bersama dengan Umno akan berhadapan dengan risiko untuk berpecah dan menjadi lemah. Mengulas akan ketidakyakinannya yang PAS boleh bekerjasama dengan Umno, Fauzi menjelaskan bahawa dasar PAS atau lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat selama ini adalah kerajaan bersih, idea yang bagi Fauzi yang pernah berpuluh tahun di dalam Umno, tidak didokong oleh kepimpinan parti lamanya itu. Mengakhiri ulasannya, bagi Fauzi jikapun benar memang wujud polemik dalam parti PAS akibat gagasan kerajaan perpaduan yang dibicarakan semua orang mutakhir ini, bagi beliau polemik itu adalah hal dalaman PAS, dan sebagai pemimpin PKR, rakan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat, beliau menghormatinya dan mengambil sikap untuk tidak mencampurinya.
Friday, June 12, 2009
Pandangan Orang Lama
Hasilkerja oleh wohulu at 17:39
Labels: copy-paste, krisis, Pas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment