KUALA NERUS – PAS bukan sahaja berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan Islam bahkan memecahkan tembok yang memisahkan antara parti itu dengan orang bukan Islam. Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata kumpulan-kumpulan Islam lain kini bersama-sama dengan PAS bagi mendirikan syariat Islam meski pun berbeza pandangan dan pendekatan. “Walau pun mereka (kumpulan Islam) itu mempunyai pandangan yang berlainan dengan kita (PAS), pendekatan yang berbeza dengan kita (PAS) tetapi dalam masalah politik mereka bersama dengan PAS untuk mendirikan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea anjuran Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, di Restoran As-Syakirin, Gong Badak, dekat sini, baru-baru ini. sumber: buletinonline
Beliau berkata dalam masa yang sama PAS berjaya memecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan orang-orang yang bukan Islam.
Katanya selama ini UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan gambaran buruk tentang PAS kepada orang bukan Islam.
Oleh itu, katanya penerimaan orang bukan Islam terhadap PAS telah dibuktikan dalam kerjasama beberapa siri pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
“Pertama, orang yang bukan Islam menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai PAS sehingga kita (PAS) menubuhkan Kelab Penyokong PAS.
“Mereka (orang bukan Islam) yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS ini menyatakan mereka menerima pemerintahan Islam,” jelasnya.
Meski pun, katanya ada pihak yang mendakwa mereka (orang bukan Islam) menyertai PAS kerana tidak puas hati, kerana marah dan sebagainya.
Menurutnya, Islam mengajar agar umat Islam bersikap terbuka dan menerima kehadiran golongan bukan Islam dengan apa cara sekali pun secara jujur.
“Walau pun ada yang menyatakan mereka (orang bukan Islam) masuk (bersama) PAS kerana tidak puas hati, mereka masuk PAS kerana marah dan mereka masuk kerana macam-macam.
“Nabi kita (Muhamad SAW) mengajar supaya kita (Islam) menerima kedatangan orang bukan Islam bersama dengan kita (Islam) walau apa sekali pun sekurang-kurangnya kita (PAS) dapat menyampaikan Islam secara langsung,” ujarnya di hadapan lebih 200 orang pesertanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kesungguhan orang bukan Islam di kalangan kaum Tionghua dan India menyokong PAS dalam pilihan raya kecil.
“Kita (PAS) melihat sendiri dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan kemudian di Bukit Gantang.
“Kita (PAS) melihat orang-orang bukan Islam telah menunjukkan kesungguhan menyokong kita (PAS) kerana mereka (bukan Islam) melihat kejayaan yang dicapai dalam masa kita (PAS) memerintah Kelantan, dalam masa yang pendek kita (PAS) memerintah Terengganu.
“Kita (PAS) memimpin Kedah dan Perak sementara waktu dan penonjolan yang kita (PAS) buat itu memberi keyakinan kepada mereka (Cina dan India) untuk menyokong PAS,” ujarnya.
Menurutnya, tembok yang memisahkan antara orang bukan Islam dengan PAS telah pecah dan PAS menjadi harapan baru kepada rakyat di negara ini.
Tuesday, April 28, 2009
TIADA LAGI TEMBOK PEMISAH PAS DENGAN BUKAN ISLAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment