Hebat seruan Najib sebaik menjadi PM6, lebih hebat dari PakLah dengan slogan-slogannya yang antara kata-kata PakLah paling top ialah 'bekerja bersama saya'. Setakat mana kehebatan Najib pula? Tak sehebat mana pun melainkan hasil cedukan atau copy paste hak orang lain punya.
Sejak tertubuhnya Pakatan Rakyat, di situlah terbitnya aura One Malaysia yang membayangi kesuburan toleransi dan demokrasi dalam PR. One Malaysia PR terlebih dahulu memupukkan kasih sayang dan persefahaman dikalangan pemimpin, pendokong dan penyokong mereka. Keutuhan One Malaysia dalam PR tidak menganjak walau sedikit pun sikap kerjasama yang terjalin meski diserang, ditohmah, difitnah, dikeji dan seumpamanya oleh BN dengan bantuan dan sokongan media haprak mereka.
Rakyat sudah bijak membaca dan menilai gerak lagak Umno/BN. Dalam perhimpunan Agung Umno, dimanakah letaknya semangat One Malaysia melainkan hanya sekadar menjadi alas kaki tapi yang bingit dilaungkan adalah One Ethnic. Dengan keris togel dihunus semangat One Ethnic semakin menyemarakkan sifat dan sikap perkauman yang amat susah untuk dikikis atau dihakis melainkan dengan penghayatan terhadap norma-norma persaudaraan yang digariskan oleh Islam.
0 comments:
Post a Comment