Semakin banyak perilaku salah tadbir MadSaid dilaporkan oleh panglima Idris tak lain tak bukan Rosol Wahid. Berita terkini yang diperolehi ialah bagaimana Ahmad Said lantik pemandu ambulan, guru jadi Pengarah GLC yang menurut sebuah akhbar online, beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.
Ahmad Said masih kekal dengan sifat lantang, celupar, kental dan degilnya bila berhadapan dengan musuh-musuh politik beliau, cuba imbau kembali betapa bengkengnya sewaktu konfrontasi antara MadSaid dengan Wahid Endut di DUN Terengganu dulu. Dia tak kira siapa kawan atau lawan, sesiapa yang cuba berseteru dengannya akan ditentang sehingga lumat.
Baik MadSaid, Idris atau Najib memasing ada menyimpan rahsia peribadi antara mereka yang akan digunakan sebagai modal untuk menjatuhkan atau membalas 'tembakan' dari pihak seteru. Kita lihat dulu apa kesudahan pergolakan ini.
0 comments:
Post a Comment