1. Istilah Politik Wang
1.1 Politik wang ialah satu istilah menggambarkan perbuatan mengunakan wang tunai untuk mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan atau pengundi bagi meraih sokongan dan akhirnya mengundi, seterusnya memenangkan seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan. Ini juga termasuk pemberian pelbagai bentuk hadiah, yang sekecil-kecilnya seperti kain pelikat sehinggalah penganugerahan tender atau kontrak tertentu.
2. Bagaimana boleh wujud politik wang
2.1 Perkara seumpama ini tidak dapat dielakkan, jika lahirnya ahli-ahli politik yang mengamalkan akhlak dan amalan-amalan buruk dalam berpolitik. Politik wang atau rasuah wang berleluasa akibat tamak dan gilakan kuasa. Tambahan pula, unsur-unsur negatif dan permainan politik yang ‘kotor’ seperti ugutan, paksaan dan fitnah politik berkembang, maka gejala sogokan mula berlaku beriringan.
2.2 Punca yang menonjol ialah akibat kemewahan dan kemakmuran yang akan dinikmati oleh pemenang di dalam sesuatu pertandingan jawatan atau di dalam pilihanraya, maka ahli-ahli politik berlumba-lumba berebut jawatan untuk mencapai impian tersebut. Jawatan yang disandang tentunya mencapai hasrat kesenangan hidup dan kedudukan atau status tinggi di dalam masyarakat. Matlamat berpolitik bukannya memperjuangkan kesejahteraan rakyat, namun kepentingan peribadi (personal interests) sudah menjadi agenda utama.
2.3 Matlamat tidak menghalalkan cara dan fahaman sekular yang dianuti tentunya, tidak memikirkan persoalan dosa dan pahala mengakibatkan kempen pelbagai teknik dan tektik yang tidak bersesuaian dengan akhlak dan nilai hidup dipinggirkan dan diketepikan buat sementara.
3. Sejarah Politik Wang
3.1 Di peringkat awal, di dalam politik UMNO, pelbagai kaedah untuk memenangi pelbagai jawatan di cawangan atau bahagian dan Majlis Tertinggi. Amalan awal tidak menampakkan wang dihulurkan. Pujukan atau rayuan adalah dalam bentuk yang tidak secara langsung seperti pakej lawatan melancong ke tempat-tempat menarik seperti ke
3.2 Rahim Tamby Chik pernah menyebutkan sejarah politik wang dalam UMNO bermula pada tahun 1980an, dilakukan oleh Anwar Ibrahim, bermaksud berlaku era beliau di dalam UMNO. Akhirnya, budaya politik wang itu berkembang subur dan menjadi barah yang semakin mencengkam parti UMNO.
3.3 Daim Zainuddin turut menyebutkan bahawa rasuah politik berlaku akibat persaingan terlalu sengit semasa pemilihan Presiden UMNO pada 24 April, 1987, di antara Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang menentang Dr. Mahathir Mohamad. Daim tampil membantu dan membiayai kempen-kempen Dr. Mahathir pada saat-saat akhir. Akhirnya, Dr. Mahathir memenangi jawatan Presiden UMNO dengan memperolehi majoriti tipis 43 undi iaitu Dr. Mahathir memperolehi 761 undi dan Ku Li memperolehi 718.
4. Apakah hukuman ketika ini memadai?
4.1 Setakat ini, hukuman berpilih-pilih atau berbeza-beza. Keputusan Lembaga Disiplin tidak konsisten, akauntabiliti, dan integriti dari aspek hukuman. Mereka yang turut didakwa oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pula boleh bertanding, selagi belum didapati bersalah.
5. Apakah bentuk hukuman/undang-undang setimpal kepada “pesalah”?
5.1 Ini merupakan satu aktiviti jenayah yang menjijikan. Mereka yang didapati bersalah dan disabitkan melanggar peraturan parti dan digantung keahlian wajib meletakkan jawatan sebagai Menteri ataupun apa jua jawatan politik dan kerajaan yang disandang kerana dianggap mencemar dan suatu skandal memalukan. Contoh di dalam negara sebelum ini, boleh dijadikan pengajaran bahkan peristiwa skandal yang berlaku di negara-negara lain mampu menjadi ikhtibar dan teladan. Saya ingin tegaskan dan pertahankan di sini ialah maruah diri dan negara mesti dijaga.
5.2 SPRM wajib menjalankan penyiasatan dan pendakwaan serentak ke atas semua calon dan wakil calon yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin, dihukum sekeras-kerasnya. Hukuman penjara hendaklah dikenakan. Mereka turut dilarang bertanding sama sekali. Pemilikan “harta”, akaun dan syer dirampas atau dibekukan dan ditahan passport antarabangsa untuk tempoh tertentu. Pada mereka yang menerima suapan sukarela wajar digantung keahlian, buat seketika dan jika didapati berulang, tindakan pemecatan dan larangan bertanding di peringkat parti atau pilihanraya adalah dilarang keras dan terbatal.
6. Implikasi jangka panjang suasana politik negara jika tidak dibanteras
6.1 Akan terjadi kemusnahan di dalam pentadbiran dan sistem kerajaan. Aktiviti rasuah akan menjalar ke seluruh lapisan atau peringkat jabatan dan institusi. Sejarah membuktikan, kerajaan yang kuat seperti empayar Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah akhirnya tumbang angkara perbuatan yang keji termasuklah isu “politik habuan” tersebut.
6.2 Persepsi rakyat terhadap aspek kepimpinaan yang dicemari dengan aktiviti kotor dan berpura-pura, akhirnya rakyat tidak bebas untuk menyumbang di dalam pemilihan kepimpinan secara jujur dan beramanah. Rakyat mempunyai persepsi negatif terhadap politik. Politik berterusan dan tetap dianggap “kotor” dan menjijikan.
6.3 Akan wujud kelompok negarawan Negara yang dilahirkan melalui aktiviti rasuah. Maka tercetuslah istilah “tokoh negarawan elit dan bapa rasuah”.
7. Kesan kepada Negara di mata Dunia
7.1
7.2 Menurut Transparency International, dalam senarai indeks terbaru rasuah, kedudukan Malaysia merudum ke tangga 47 dari 180 buah negara setelah berada pada tangga ke 43 pada tahun 2007. Politik wang memungkinkan memburukkan keadaan ini.
7.3
7.4 I think,
8. Cara-cara Mengatasi Politik Wang di dalam Negara
8.1 Kesedaran ahli politik untuk berjuang secara ikhlas, jujur, tegas dan bersih. Adakah kepimpinan tertinggi UMNO mempunai komitmen dan iltizam politik (political will) untuk mengatasi dan menyelesaikan permasalahan ini sehingga ke akar umbi?
8.2 Kesedaran ahli parti dan orang ramai (rakyat) tidak bersetuju serta menolak sejauh-jauhnya gejala tersebut.
8.3 Hukuman yang setimpal dan seadil-adilnya dilaksanakan
9. Kesimpulan dan cadangan
9.1 Kajian-kajian ilmiah oleh pensyarah-pensyarah sains politik hendaklah dilakukan, diterbitkan dan dibukukan untuk generasi akan datang, melihat isu ini untuk bahan perbincangan dan kesedaran politik sebenar. Kita perlu mengetahui siapa watak awal pencetus politik wang. Dakwaan melulu tidak bersifat ilmiah. Kita tidak mahu melihat sesuatu yang berlaku sebagai satu proses ‘episode’ atau cerita ‘sensational’ sahaja. Pembangunan sebuah negara memerlukan pemimpin dan kepimpinan yang bersih, sihat, matang, cerdik, berkebolehan, berkemampuan dan berkredibiliti dalam mengurus negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. We elect politicians and political parties expecting them to act in the public interest rather than their own goals.
9.2 Realitinya, politik wang mestilah dibanteras dan diperangi habis-habisan dalam apa jua bentuk seperti yang aku sarankan di perkara 5.
9.3 Di universiti, perbincangan politik hendaklah dilakukan secara terbuka dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) yang membendung dan mengongkong aktiviti pelajar dan pensyarah di semua peringkat pengajian tinggi hendaklah dimansuhkan serta merta. Saya sendiri tidak faham, apakah dengan cara mengawal semua pergerakan pelajar akan mendorong mereka menjadi kreatif, mempunyai nilai profesionalisme dan keterampilan? Mereka akan hanya larut, hanyut dan turut mengikut rentak, suasana dan terbelenggu serta terjebak dengan politik wang. Suasana yang ada tidak akan berubah.
9.4 Peranan alim ulama atau ahli agama mesti tampil dan turut berani bercakap menangani isu politik dan menyaran sesuatu yang bermakna kepada orang ramai peri pentingnya kesedaran berpolitik yang bersih dan pengurusan hal ehwal negara ditadbirkan oleh pemimpin yang bersih, ikhlas, amanah dan menurut pandangan agama.
Admin : Artikel ini ditulis oleh Pengarah MTD Jeram, Hj Razali Tumirin.
Monday, April 6, 2009
Mampukah Politik Wang Dibanteras?
Hasilkerja oleh wohulu at 09:27
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment