KEMAMAN - Politik tidak boleh dipisahkan dan merupakan sebahagian dari ajaran serta tuntutan dalam Islam yang diajar oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata PAS kini meniti usia penubuhan 58 tahun yang akhirnya mula diterima oleh semua kaum di Negara ini serta menepati dengan slogan ‘PAS For All’ (PAS Untuk Semua). Beliau berkata tiga perkara besar yang menjadikan PAS sukar diterima oleh masyarakat majmuk sebelum ini telah terungkai serta membuahkan kejayaan. --------------------------------------------------->>> wohulu: Alhamdulillah hari ini kita melihat PAS walau semakin ia meniti usia semakin ia menapak dan diterima oleh rakyat Malaysia. Berkat kerjasama dan kesepaduan dalam kepimpinan menjadi pemangkin dan resepi kepada kejayaan PAS mendepani cabaran tahun-tahun berikutnya. Benarlah kata pepatah, hidup ini ibarat roda, adakala kita di atas adakala kita kat bawah, dan kenyataannya Umno/BN sedang tergolek ke bawah dan ke bawah. Retak menanti belah, reput menanti pecah.
“Pertama, payah (sukar) untuk tarik orang bukan Islam sokong kita (PAS) yang hari ini perjuangan dan parti PAS telah boleh diterima oleh kaum lain. Kewujudan Kelab Penyokong PAS kaum Tionghua dan India bukti kejayaan kita (PAS).
“Kedua, payah (sukar) sebelum ini kita (PAS) hendak tarik golongan profesional kepada PAS. Hari ini ramai tokoh-tokoh akademik, profesional, pegawai kerajaan dan pesara bersama dengan perjuangan PAS.
“Ketiga, payah (sukar) kita hendak tarik orang muda dan belia sokong PAS tetapi hari ini PAS mendapat tempat dihati pengundi muda di seluruh negara, Alhamdulillah,” ujarnya pada Ceramah Umum Sempena Kesyukuran Kemenangan PAS Bukit Gantang di Kampung Dusun Nyior, Chukai, Kemaman.
Saturday, April 25, 2009
PAS Makin Tua Makin Matang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment