Kisah 9 tahun lepas, nak jadi cerita teman kerja kat Kijal Kemaman. Ofis tempat teman kerja tu pulak famous dengan nama bangunan matsaid. Padahal bangunan tu milik MPK, mungkin nak kenang jasa matsaid memajukan Kg Kijal maka penghargaan diberi oleh orang kampung untuk matsaid. Kedai makan tempat teman biasa santap menyewa kat bangunan matsaid lah. Pastu baru teman tau tokei kedai tu anak sedara matsaid. Sinonim nama Kijal dengan matsaid. Matsaid itu Kijal, Kijal itu Matsaid.
Kat belakang bangunan matsaid ada rumah sewa matsaid. Rumah papan je. Teman agak pasti sederhana kehidupan matsaid. Tapi rumah tu sunyi tak berpenghuni. Kedian baru teman tahu rupanya matsaid dah pindah ke rumah baru.
Teman tanya orang Telok Kalong istana siapa tu tersergam kat pinggir bukit? Makcik jual akok depan istana jawab itulah Istana matsaid belum siap. Hebat matsaid. Keje ADUN je tapi rumah jutaan harga. Mana matsaid cekau jutaan harta? Orang Kemaman heboh bercerita "dewan tu dia yang punya", "piring terbang dan globe tu pun dia yang punya". Bukan sembarangan kerja. Bukan besi rumah biasa. Tapi stainless steel punya mesti tahan lama. Dua-dua tu nampak dimata. Yang dibelakang kira teman taktau lagi banyak mana.
Matsaid memang terer, gedebe pun dia juga. Orang Kijal takleh angkat muka nanti disekehnya kepala. Bahagian Kemaman orang Umno angkat dia jadi ketua. Hebatnya dia. Tak ada orang yang lebih layak ke? Awang Tera buat apa? Tengok saja. Sebut aja nama matsaid seluruh Kemaman yang jantan kecut telor 'hilang kepala'. Satu Kemaman orang Umno tunduk padanya. Orang Umno takut sebab matsaid keras kepala, kalau melawan siap la ko kang kena.
Teman ingatkan setakat Kemaman sajalah kekuasaan dia. Selagi stail dia gitu tak pegi kemana. Rupanya sangkaan teman meleset semata. Dia memang hebat auranya. Matsaid meluaskan empayarnya. Deris di Besut takleh wat aper. Terkapur Deris di atas takhta kerajaan yang sementara cuma. Nama matsaid dihati Sultan mula bertakhta akibat kedurjanaan Deris durhaka. Meski pun Tuanku Sultan gundah gelana kerana yang sebanar dihati baginda dokrokcetong belaka.
Demi mengelakkan bala sengketa lebih lama, Tuanku Sultan yang bijaksana, melantik jua matsaid sebagai ketua jajahannya. Sultan utamakan rakyat jelata. Tersenyum matsaid melebar ke telinga, makin sepet jadinya mata. Hebatnya abang matsaid MB baru kita.
0 comments:
Post a Comment