Sunday, April 12, 2009

SPRM: Ketua Pemuda Umno Sabah diikatjamin

Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu dan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan, dibebaskan dengan ikatjamin hari ini.

Japlin, yang juga menteri muda pembangunan infrastruktur negeri, adalah antara pemimpin Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno sebelum pemilihan itu hujung bulan lalu.

Ekoran itu, keahliannya dalam Umno digantung selama tiga tahun. Khamis lalu, Japlin ditahan bersama seorang kontraktor tempatan, Limus Jury, yang juga dibebaskan dengan ikatjamin hari ini.

Japlin dikenakan ikatjamin RM100,000 manakala Jury dibebaskan dengan ikatjamin RM300,000. Kedua-duanya dibebaskan dari balai polis Karamusing pada kira-kira jam 6.15 petang. Hadir sama ialah peguam mereka David Tan dan Nobert Chin.

Difahamkan, Majistret Herlina Muse menolak permohonan SPRM untuk melanjutkan tahanan reman ke ta Japlin dan Jury selama empat hari lagi selepas mendengar hujah dari kedua belah pihak di prosiding yang diadakan di balai polis tersebut.

"Kedua-duanya ditahan oleh pasukan SPRM dari Putrajaya tanpa pengetahuan SPRM negeri dan dipercayai berkaitan dengan ‘politik wang' sewaktu pemilihan Umno bulan lalu," kata satu sumber.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga pengerusi Umno Sabah dilaporkan berkata, Japlin kekal sebagai ADUN Usukan dan jawatan timbalan menteri yang disandangnya walaupun lembaga disiplin telah mendapatinya bersalah terbabit dalam politik wang.

Penyokong kuat Khairy

Sementara itu, dua lagi ketua Pemuda negeri - Nizam Abu Bakar Titingan dan Faizal Ampong - turut dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat.

Mereka tiba di balai polis Karamunsing sejurus selepas Japlin dan Jury dibebaskan.

Nizam adalah timbalan ketua Pemuda Umno Sabah manakala Faizal pula merupakan bekas ketua Pemuda Batu Sapi.

Berikutan penahanan tersebut, difahamkan SPRM turut meneliti kes ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh lembaga disiplin berhubung politik wang.

Japlin dikenali sebagai penyokong kuat Khairy.

Pada 17 Mac, Khairy didapati bersalah oleh lembaga tersebut selepas ejennya terbabit dalam politik wang, tetapi hanya diberi amaran kerana tidak cukup bukti.

Beliau juga dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, yang dimenanginya selepas menewaskan dua lagi calon - bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Khairy, yang menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, juga tidak tersenarai dalam barisan kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan Khamis lalu.

sumber: malaysiakini

------------------------------------------------->>>>>

wohulu:

Kesian Keri, ke kiri salah ke kanan salah jadi semua serba salah. Kehadiran Keri dalam jawatankuasa tertinggi Pemuda Umno ibarat 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'. Kelompok Najib masih belum puashati dalam melakukan proses pemutihan terhadap saki-baki pengampu PakLah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET