Kuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said disaran membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekarang, sebelum menghadapi krisis politik dan perlembagaan sebagaimana yang dihadapi oleh negeri Perak dewasa ini.
Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, ia adalah jalan terbaik kepada semua pihak bagi menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang berlaku terhadap kepimpinan Ahmad.
“Dengan krisis keyakinan terhadap Menteri Besar (MB), bukan sahaja berlaku dikalangan pembangkang, malah berlaku dikalangan Ahli DUN Barisan Nasional (BN),
“jalan penyelesaian terbaik adalah MB mengambil tindakan pro-aktif, membubarkan DUN, sebelum berlaku krisis yang lebih kronik,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.
Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Ahmad yang dipetik Bernama.
Mengulas lanjut, Dr. Syed Azman berkata krisis keyakinan terhadap Ahmad turut berlaku berlaku dikalangan pegawai kerajaan dan kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri serta rakyat negeri Terengganu.
“Ahmad Said akan dipuji dan dikenang oleh rakyat sekiranya bertindak mengikut lunas undang-undang, membubarkan DUN dan mengembalikan mandat kepada rakyat,”tambah Dr. Syed.
sumber: Buletinonline
----------------------------------------->>>>>
wohulu:Dikalangan pimpinan Umno mereka dipaksa menerima matsaid. Krisis antara team deris dengan team matsaid masih berlarutan dan pastinya berpanjangan ibarat 'api dalam sekam'. Tak kurang juga ada YB-YB umno yang bertalam dua muka, ambil kesempatan di atas kelemahan pihak lain, baham kedua-dua belah. Yang pastinya kedudukan matsaid memang goyah, tiada berakar tunjang, sekiranya tiada sokongan Sultan dah lama matsaid tumbang.
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment