Ramalan tepat ramai penganalisis politik bahawa Annuar Musa bakal tersingkir juga sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Perlantikan Mustapha yang lebih moderate akan memberikan semangat dan inspirasi bagi membentuk kekuatan baru kepada Umno Kelate.
Apakan daya Annuar tatkala Najib menakhodai Umno, dia dilihat sebagai barah yang telah lama merebak dan merobek kesepakatan Umno Kelate. Terimakasih bebanyak kepada Tun Lah kerana kesilapannya melantik Lanun PPRT itu sebagai pengganti Mustapha telah meranapkan terus organisasi lintah darat itu dalam PRU-13 lalu.
Namun walau dalam apa keadaan pun Annuar dilihat sukar untuk melepaskan 'title' sebagai ketua. Memang dalam diri dia amat perasan yang dia adalah seorang pemimpin. Tapi komitmen dia dalam melaksanakan tugas sebagai ketua boleh dipuji.
Kini dia berjawatan sebagai seorang Presiden. Lebih besar dan gah bunyinya jawatan itu daripada jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan. Presiden dan Pengerusi, suatu perkataan yang berbeza.
Walaupun hanya menjawat jawatan sebagai Presiden KAFA tapi amat besar makna bagi Annuar. Sekurang-kurangnya dapat mengubat hati yang remuk redam akibat malu yang amat besar dari kekalahan PRU lalu. Lebih malu bilamana bakal MB jajaannya iaitu Awang Adek langsung tak boleh bengah kepala kerana diperosok oleh egonya sendiri.
Annuar pasti berbangga kerana anak-anak buahnya berjaya menjadi Naib Juara Piala FA semalam, dan buat seketika dapat melupakan episod kisah sedihnya di Kelantan.
0 comments:
Post a Comment