Kalau dilihat balik dalam topik lepas, telah teman selitkan topik pasal perniagaan kambing yang baru teman ceburi. Semangat teman sekarang terluluh sedikit lantaran kegawatan ekonomi sedunia dan serantau telah turut menggamit kesempurnaan urusan keluar masuk kambing milik teman.
Mungkin strategi teman tidak kena pada masa dan ketika yang tepat. Teman menjangkakan corak ekonomi pertanian ini menjadi alternatif kepada sumber pendapatan teman sekarang. Sedari dulu teman terkesan dengan slogan 'Pertanian itu Perniagaan' tapi ia jauh berbeza dengan kaedah perniagaan dibidang perindustrian.
Sebagaimana lembapnya ekonomi dunia begitulah jua lembapnya usahaniaga kambing teman ni. Orang lain yang telah lama berkecimpung pastinya dalam keadaan lebih baik atau stabil tapi teman sebaliknya. Walaupun ada yang sudah terjual namun ia tidak berupaya menampung kos harian seperti overhead dan penjagaan kambing.
Ramai sahabat yang mengkritik teman bak kata 'rumah dah siap pahat berbunyi' tapi bagi teman itu semua tidak melemahkan semangat teman malah ia menjadi perangsang untuk meneruskan lagi bidang ini sehinggalah teman surrender.
Jadi sebagai langkah awal untuk mengatasi kemelesetan ini maka teman terpaksa letgo sebahagian kambing teman dengan harga yang amat munasabah. Teman bercadang menjualkan sebanyak 20 ekor kambing jantan pedaging yang semuanya sudah cukup umur. Jika ada sesiapa yang berminat maka sila lah email kat teman di hishamatma@yahoo.com...
0 comments:
Post a Comment