Tragedi kelakuan 'paranormal' beberapa orang pimpinan DAP memijak gambar tiga ekor 'katak puru' Perak dalam Konvensyen DAP Perak baru-baru ini amat tidak masuk akal.
Mendapat kecaman yang maha hebat baik dari pihak lawan ataupun kawan. Semua orang tidak dapat menerima tingkahlaku liar tersebut. Memalukan sesama manusia dan menjatuhkan nilai peradaban sebuah negara dan masyarakat yang bertamaddun.
Ada pun menyedari kesilapan luar kawalan atau separa sedar oleh Lim Kit Siang dan para anakbuahnya, membawa kepada sikap randah diri permohonan maaf oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, mewakili DAP di lobi Parlimen pada 2 Disember lalu. Ramai orang sukar untuk melahirkan kata-kata 'maaf' atas dasar ego dan berkepentingan diri sendiri. Sedangkan ia suatu ucapan yang dimuliakan dalam Islam demi memupuk kembali persaudaraan.
Itulah sikap terpuji setelah menyedari kesilapan telah jauh melangkaui norma-norma kesopanan dan kehormatan diri. Apakah Najib sedia dan rela untuk memohon maaf kerana menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan wang royalti? TGNA yang tinggi nilai intergriti lebih pantas mengungkapkan maaf meskipun tiada dizahirkan dengan mengubah hala doa agar Tuhan menjahanamkan Najib, konco-konconya dan UBN sekaligus.
Berbalik kepada Nga Kor Ming yang merakamkan berbanyak kemaafan atas tragedi itu, beliau mengharap semoga kes berkenaan tidak diperbesar-besarkan atau dibangkitkan lagi di Parlimen khasnya.
Bak kata pepatah 'nasi sudah menjadi bubur'. Sejarah hitam tidak akan dilupuskan dengan mudah terutamanya oleh UBN yang tegar sikap dendamnya. Gambar perilaku buruk itu akan disimpan kemudian di edit secukup rasa bagi menjayakan propaganda jahat perkauman UBN.
Itulah lain kali semua pihak perlu berhati-hati. 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perilaku buruk padahnya'...
0 comments:
Post a Comment