Thursday, December 3, 2009

Ramai Melayu Mohon Hijrah Keluar Negara

Menurut laporan semakin ramai dari kalangan Melayu terutamanya golongan cerdik pandai membuat keputusan nekad untuk berhijrah keluar meninggalkan negara ini.
Kebanyakan dari mereka memilih destinasi utama ke Australia, Amerika dan Taiwan.

Banyak punca dikenalpasti sebab mengapa terlalu mendadak permohonan untuk berhijrah antaranya kerana hal ekonomi bersabit pekerjaan dan perniagaan, pendidikan atau mengikut pasangan masing-masing.

Menurut pakar runding migrasi sebab musabab utama berlaku penghijrahan itu adalah kerana kecewa dengan sistem kerajaan dan mereka mempunyai rangka rujukan global untuk membuat perbandingan. Mereka juga terdiri dari kalangan rakyat yang berpelajaran tinggi.

Nyata hari ini rakyat semakin resah gelisah dan menyampah dengan kebangangan pemikiran pemimpin Umno yang menduduki takhta pemerintahan negara. Kian hari kian kelam ruang kebebasan dan keselesaan untuk rakyat. Kebajikan terpinggirkan. Kezaliman diagungkan.

Semakin diterap Rukun Negara oleh kerajaan tetapi semakin hilang pula keyakinan segelintir rakyat terhadap kerajaan.

Bilangan orang Melayu mohon hijrah keluar meningkat

Oleh Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, Dis 1 — Arah aliran di kalangan orang Melayu negara ini yang memohon untuk berhijrah ke negara-negara lain dilihat mengalami peningkatan sejak kebelakangan ini, demikian menurut hasil pemerhatian ejen-ejen perkhidmatan migrasi tempatan.

Peningkatan itu dilihat lebih ketara di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi khususnya mereka yang mahu berpindah ke Australia.

Robert Chelliah, yang menyediakan perkhidmatan pakar runding migrasi di Petaling Jaya berkata, beliau dapat memerhatikan wujudnya satu trend peningkatan yang ketara di kalangan orang Melayu untuk berpindah ke Australia.

“Mereka adalah orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan mereka yang kecewa dengan sistem kerajaan dan mereka mempunyai rangka rujukan global untuk membuat perbandingan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Umumnya, faktor menolak dari Malaysia mengalami peningkatan di mana mereka merasakan ditolak keluar dari negara. Mereka rasa disisihkan dan mereka merasakan prospek mereka semakin menipis terhadap disebabkan faktor-faktor yang bukan di bawah kawalan mereka,” katanya.

Timbalan Menteri Luar Senator A Kohilan Pillay yang ditemui The Malaysian Insider bagaimanapun tidak memberi pecahan mengikut kaum berkenaan jumlah mereka yang berpindah ke luar negara.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET