Bijak langkah AbgMad dalam menangani perselisihan dengan sesama regu. Beliau mengambil opsyen baru dengan lebih mendekati rakyat, cuba berjiwa rakyat dan menjuarai rakyat. Berikutan tekanan demi tekanan diterima dari puak sekufu tapi tidak sealiran sekepala dalam menerajui kerajaan UBN Terengganu.
AbgMad lebih arif tentang pergolakan dan penentangan dari puak Deris yang masih tidak berpuashati dengannya. Dia juga masak dengan taktik 'lawan' tidak pernah padam untuk memadamkannya. Meskipun dalam keadaan biasa suasana politik Terengganu terutamanya masalah dalam kapal UBN nampak tenang tetapi ketidakpuasan hati serta serangan bertubi terhadap AbgMad diluahkan dalam sidang DUN di atas pentas rasmi.
Oleh itu bagi memastikan kesinambungan dinasti AbgMad menerajui kerajaan Terengganu maka bijak pandai beliau telah merangka satu pelan mesra rakyat. Antaranya seperti memperkenalkan skim insuran kemalangan dan kematian untuk rakyat. Sebanyak RM10 juta diperuntukkan.
Bunyinya ada iras-iras Skim Takaful Kifalah Kelantan tapi sejauh mana perlaksanaan skim ini diragukan kerana ia dibentang secara umum tanpa menjelaskan apa bentuk mekanisma untuk menjayakannya.
Jika agen pelaksananya diserahkan kepada pihak JKKK yang tiada lain kerjanya selain mengacau bilau masyaarakat maka aku anggap skim ini sekadar retorik sajalah. Acapkali kita dengar AbgMad 'berperang' dengan JKKK kerana kedunguan dan kebebalan mereka melaksanakan tugas.
Apa golongan sasaran juga masih samar. Bagaimana kaedah tuntutan juga perlu disebar maklumkan dengan lebih tepat serta jelas oleh pihak pentadbiran AbgMad.
Selain itu AbgMad melihat sejak sekian lama bidang sukan turut memainkan peranan membantu menarik golongan muda supaya bersama dengan beliau. Ini diserlahkan dengan memperuntukkan setiap DUN dengan perlaksanaan pembinaan gelanggang permainan untuk rakyat.
Syabas AbgMad! Tentu selepas ini rakyat Terengganu baik dari Umno atau Pas dan lain-lainnya akan selesa dan senang dengan AbgMad dan pentadbirannya.
Manakala Pas Terengganu pula akan lebih lunak, berlembut, terhutang budi dan bertoleransi bagi memberikan laluan kepada UBN Terengganu berkuasa bertahun-tahun lagi.
0 comments:
Post a Comment