Aku yang dewasa sezaman dengan para lagenda rock kapak amat meminati lagu-lagu mereka malah sering menjadi siulan meniti dibibir. Maklumlah dibesarkan dalam suasana sekolah aliran kebangsaan yang berteraskan nasionalisma patriotisma tanpa memberatkan nilai-nilai keagamaan. Sudah tentu kepala hotak menerewang menuruti trend menggemari lagu-lagu rock dan ballad.
Mutakhir ini pasti kita kagum kerana ramai dari kalangan lagenda popular rock era 80-an dan 90-an tersebut berubah haluan dari dunia penuh glamer ke arah ketuhanan. Tentunya ada sesuatu yang membawa mereka menginsafi diri dan cuba memanfaatkan sisa baki kehidupan mereka dengan berkarya berlagu di jalan dakwah.
Antara kumpulan rock kapak tersenarai dalam koleksi aku ialah Melissa dan Samudera. Banyak lagi kalau nak dikira tolak lain-lain kumpulan tapi yang menjadi topik berita hari ni ialah tentang kemunculan Radzi (Melissa) dan Syed Anuar (Samudera) dipentas Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Penampilan terbaru ini memang mengujakan kerana Radzi yang dikenali dulu melalui album mereka seorang mat rock berpakaian ketat sendat, mengenakan aksesori yang ntah apa ntah dan rambut panjang mengerbang. Gempak gila la beb. Tapi amat berlawanan sekali imej mereka pada malam kesenian tersebut berserban, berjubah dan berdakwah.
Huhh hebat memang hebat. Kuasa Allah Taala Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang membuka pintu hati memberikan hidayah dalam sekelip mata kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Semoga dibuka juga pintu hati PM Najib agar memberikan wang royalti kepada rakyat Kelantan dan Terengganu yang berhak serta membuka pintu hati Rosmah agar bertudung. Seperti mana ingatan Ust.Nakhaei bahawa Rosmah walau isteri PM sekalipun mesti pakai tudung atau dia berdosa dan akan ditanya di akhirat nanti oleh Allah Taala.
0 comments:
Post a Comment