Macam anjing menyalak bukit ibarat puak-puak Umno menuding ke arah non-Muslim yang cuba berjinak-jinak dengan Islam. Selama ni dalam kepala hotak Umno, jika non-muslim nak baca ayat Quran, bertakbir, bertahmid atau seumpamanya mestilah berdaftar dengan PERKIM dulu. Selagi takde 'title' mualaf mungkin tiada layak sentuh pasal Islam. Tetapi bila MCA mencabar kewibawaan Islam, Umno mati kutu simpan teloq dalam kocek seluar.
Lebih-lebih lagilah kalau yang ungkap ayat-ayat suci Quran itu dari kalangan seteru UBN seperti DAP. Kalau TGNA mereka sanggup beri gelaran ulama' songsang, apatah sangat dengan orang cina biasa, mungkin mereka anggap lebih teruk dari haiwan. Sedangkan berapa ramai dari kalangan orang melayu Umno, penyokong totok Umno dan gurkha Umno tak reti alif ba ta.
Kenapa Umno tidak cakne terhadap sebilangan besar golongan buta alif ba ta yang sebati dengan disko, pub dan kelab-kelab dangdut? Malangnya bila ada penguatkuasa bertugas kebetulan tertangkap peminum arak dan pelaku maksiat dari kalangan bangsawan Umno ini maka serta merta mereka melantun jiwa menuduh jabatan agama melanggar hak asasi manusia.
Orang Umno tau dak sejarah Abu Jahal bapak saudara Nabi Muhammad, seorang kafir laknatullah, disebut kisah kejahatannya dalam surah Al-Lahab, kerjanya memerangi dakwah Rasulullah, setiap hari melakukan tawaf mengelilingi Kaabah? Jika nak dinilai dengan takbir oleh YB Chan Ming Kai ni takde air kaki pun.
Tapi itulah fe'el huduh Umno. Mempertikai sesuatu perkara ikut kepala lutut bukan nak tanya pada ulama' sepak tong mereka. UBN hanya boleh 'survive' melalui aktiviti jahat semata. Siapa kau nak kelentong ni UBN? Orang kampungkah. Orang kampung dah celik IT dan internet. Atau JKKK. Orang jenis JKKK sahaja tentunya UBN boleh makan sebab sampai liang lahad pun tertutup rapat minda mereka.
0 comments:
Post a Comment