Tempohari Ali Rustam telah mengulas tentang kemelut yang melanda Pakatan Rakyat. Ulasannya standard dengan 'boss' UBN yang melalut dan mengandaikan konon Pas akan merubah haluan lalu PR pasti runtuh.
Ali Rustam tak cermin diri dulu sebelum berloyar buruk. Ali Rustam pernah didakwa oleh Ketua pembangkang DUN Melaka sebagai melakukan gangguan seksual terhadap Betty Chew apabila dengan niat serong bertanyakan tentang video Elizabeth Wong. Ali Rustam juga telah dituduh melakukan rasuah oleh badan Disiplin Umno tetapi dibiarkan bebas tetapi nasib malang menimpa Isa Samad atas dakwaan yang sama.
Serangan bertubi-tubi UBN memberikan impak kesefahaman yang lebih jitu terhadap PR. MB Cap Ayam ini yang pernah menggemparkan negara dengan 'kokokan' ayam jantan sewaktu berceramah menghina Pas amat yakin bahawa Pas telah hilang arah dan akan keluar dari PR. Malah cuba melaga-lagakan penjalinan antara Pas-Dap dalam bentuk rasis atau perkauman. Itulah dasar yang menunjangi UBN sejak 52 tahun lalu.
Sebaliknya apa yang terjadi ialah kesefahaman dan kerjasama antara komponen PR semakin terserlah dan bersepadu apatah lagi PR baru sahaja selesai mengadakan Konvensyen pertama mereka. Semua pemimpin utama komponen PR hadir serta memberikan kata semangat agar PR terus dan terus utuh.
Disamping itu juga konvensyen PR ini akan turut menjadi batu tanda sebagai langkah awal kearah 'penaklukan' Putrajaya.
Pakatan 'runtuh' jika Pas keluar parti
Ketua Menteri Melaka itu berkata, tidak mustahil Pas akan menarik diri keluar daripada PR jika ingin kembali memperjuangkan objektif mereka iaitu membangun bersama Islam.
"Pas sudah terlajak mengetepikan perjuangan Islam mereka dan mereka sudah hilang punca, malah (kini) dikuasai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dikuasai parti itu (DAP).
"Pemimpin mereka sudah hilang semangat dan Pas akan sukar kembali melakukan cara lama apabila berada di dalam PR,” katanya kepada pemberita semasa melawat Bukit Baru Dalam di sini, semalam.
Krisis antara penyokong Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menginginkan salah seorang pemimpin terbabit meletakkan jawatan, jelas menunjukkan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada.
BUKIT BARU - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tidak mustahil Pakatan Rakyat (PR) akan 'runtuh' selepas beberapa kemelut yang melanda Pas.
Sejak menyertai PR, katanya, Pas dilihat sudah tidak mempunyai haluan dan memperjuangkan objektif penubuhannya sendiri, sebaliknya hanya dikuasai DAP dalam pakatan itu.Ketua Menteri Melaka itu berkata, tidak mustahil Pas akan menarik diri keluar daripada PR jika ingin kembali memperjuangkan objektif mereka iaitu membangun bersama Islam.
"Pas sudah terlajak mengetepikan perjuangan Islam mereka dan mereka sudah hilang punca, malah (kini) dikuasai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dikuasai parti itu (DAP).
"Pemimpin mereka sudah hilang semangat dan Pas akan sukar kembali melakukan cara lama apabila berada di dalam PR,” katanya kepada pemberita semasa melawat Bukit Baru Dalam di sini, semalam.
Krisis antara penyokong Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menginginkan salah seorang pemimpin terbabit meletakkan jawatan, jelas menunjukkan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada.
0 comments:
Post a Comment