Tradisi Umno berebut jawatan. Pasal tu banyak puak. Mana puak yang dapat laba lebih mewah maka ahlinya lebih ramai dan besar, dan peluang menang lebih cerah. Sekilas pandang macam fe'el lanun, berebut harta karun.
Manik Urai tidak terlepas dari tempias fe'el huduh Umno. Aku dah nyatakan sebelum ini kat artikel Umno Kebuloq Ropanya. Tapi di Kelantan insyaAllah Umno sekadar tanam angan-angan, dan impian menakluki Manik Urai umpama musafir di padang pasir terpedaya dengan tipuhelah logamaya.
Ibarat kisah anjing dengan bebayang, sebab berebut, tamak dan dengki, anjing terpedaya dengan bayangnya sendiri di air, lalu ia menerkam bayangnya, jatuh dan lemas, maka terlepas hasil di gonggongan. Semoga begitulah nasib Umno di Manik Urai.
Empat pemimpin Umno bahagian Kuala Krai berminat mencabar PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Jumaat lalu.
Ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda, ketua Wanita Rohani Abdul Majid dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat semuanya disebut-sebut menawarkan diri bagi menggalas cabaran BN di kerusi kubu PAS tersebut.
Sumber-sumber Umno bahagian memberitahu Malaysiakini hari ini, kecuali Rohani, semua yang berminat itu bukan orang tempatan di DUN tersebut.
Menurut sumber itu lagi, tradisi Umno meletakkan calon luar tidak disenangi oleh pengundi Manek Urai.

0 comments:
Post a Comment