Tuesday, May 12, 2009

Najib Dapat Buku Lima.

Padan muka!! Jangan dijolok sarang tebuan. Ternyata Najib dah bengkak muka. Apa yang terjadi selepas ini kemudian kiralah. Dia nak bakar sarang tebuan atau sebagainya lantaklah. Tapi hati-hatilah Najib, tahan je lah amarah engkau tu, kerana tebuan tanah tersohor bisanya, boleh bawak maut.


Dari Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti dan terkini Kota Shah Alam semuanya telah dan bakal menghadiahkan tangisan untuk Najib. Kes Fairuz dan Manoharan dalam situasi berbeza namun keduanya adalah untuk menjaga imej Najib jua.

Imej Fairuz dibersihkan dengan harapan PRK Penanti tidak perlu diadakan, serta pembebasan Manoharan juga supaya PRK Kota Shah Alam ditiadakan. Kedua-duanya memberikan kemenangan moral dan semangat buat Pakatan Rakyat.

Dan semalam pengisytiharan Mahkamah Tinggi tentang kedudukan Ir.Nizar yang kekal sebagai MB Perak. Sekaligus memberikan tumbukan padu ke muka Najib, tersembam lagi Najib. Bila lagi kau nak KO ni Najib?

Dalam terhoyong hayang Najib masih lagi sombong menegakkan benang yang basah. Kehancuran pentadbiran negeri Perak mesti dia teruskan kerana dia yang telah mulakan dari awal, alang-alang menyeluk pekasam biar kohong seluruh badan.

Kini Mahkamah Rayuan dijadikan kuda tunggangan. Sekiranya Datuk Ramly mengikut langkah setan apakah dia akan berubah jawatan? Tepuk dada tanya iman.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET