Alhamdulillah mutakhir ini kita dapat melihat banyak ruang dan peluang yang digunakan sepenuhnya oleh para individu, jemaah dan pertubuhan yang memperjuangkan Islam dengan mendirikan pelbagai Sekolah Rendah dan Menengah Islam. Kita pastinya ingin melihat kesinambungan generasi akan datang yang berilmu, beriman dan beramal dengan Islam.
Pertambahan dan permohonan untuk memasuki Sekolah seumpama ini semakin ketara saban tahun. Kesedaran para ibubapa dalam mencorakkan keperibadian Muslim sejati anak-anak mereka sebagai benteng ampuh menangani kepelbagaian masalah sosial di era millenium.
Sebagai usaha dan sumbangan aku yang sekerdil ini maka aku turut ingin berkongsi ruang dan peluang dalam blog ini bagi mempromosikan Sekolah Rendah Islam kelolaan Darul Bayan untuk tujuan mengutip derma demi menyiapkan bangunan baru sekolah berkenaan...
Pembinaan SRIDB masih dalam progres.
Kos pembelian lampu telah mendapat penajaan
Mengharapkan sumbangan sdra/i yang prihatin untuk
tanggungan kos selanjutnya
Tujuan kos -kos tersebut dipecahkan kepada beberapa jumlah kecil adalah bertujuan supaya para penderma yang budiman memilih mana-mana kos yang dirasakan berkemampuan untuk diInfaqkan.
Hulurkan derma sdra/i ke akaun rasmi atas nama Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Bank CIMB, No.Akaun 13080000125107.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung terus dengan Encik Mat Ibrahim iaitu bendahari SRIDB selaku Pengarah Projek Pembinaan SRIDB ditalian 019-9151611.
4 comments:
Allhamdulillah!
Terkini seorang hamba Allah telah bersetuju menderma untuk kerja2 plaster sebanyak RM3,650.00
Syukran...
Syukran...
Semoga Allah merahmati hambanya itu dan dimurahkan rezqi...
senarai tersebut akan di update jika berkesempatan...
terkini kami sudah mendapat pembiayaan untuk suis dan socket serta 10 biji kipas siling...jutaan terimakasih kepada penyumbang budiman.
Syukran.
Pihak sekolah juga menerima wang Shubhah atau wang riba untuk tujuan pembinaan tandas,longkang serta pagar..Hubungi Mudir 019-9127183.TK
Post a Comment