Friday, May 29, 2009

Kenapa dan Mengapa HPA?

Bukan aku nak kempen tapi saja royat sket kenapa aku memilih produk HPA. Royat benda baik, rasanya tak salah, bukan nak cari glamour, bukan nak tipu orang, sebab tu anda dapati banyak ikon iklan HPA aku tempel kat blog ni, tanda sokongan aku kepada produk HPA.

Moga-moga Allah membukakan hati untuk menerima kehadiran produk ini dalam hidup anda.

Hasan Al Banna ada berkata, "kewajipan kita lebih banyak dari waktu yang kita ade..." Justeru, selain daripada disiplin yang baik dengan jadual kerja, kesihatan dan kecergasan juga memainkan peranan yang sangat penting. 

Sebenarnya artikel ni seumpama testimoni dari pengalaman sendiri. Bukan ciplak atau tokok tambah, sendiri punya cerita.

Kisah aku sebagai penghidap darah tinggi dan batu karang seusia awal 30-an, kerana stress kerja, pemakanan tidak seimbang, kurang rehat dan sebagainya. Tapi aku syak mungkin juga sedikit sebanyak tempias dari asal keturunan.

Penyakit ni mula aku perasan dan terkesan ada dalam diri aku pada usia lewat 34 tahun. Kesan awalnya aku rasa letih, kencing dedas dan kotor, sakit ditengkuk berserta pening-pening yang berlarutan sampai berminggu lamanya.

Pemeriksaan kat hospital Dungun mendapati darah aku pada bacaan 160/110, dan tahap klimaknya pernah mencapai 168/120. Memang berderau perasaan aku waktu itu, mana taknya, belum pernah dirasai, tiba-tiba aku sedang ‘berperang’ dengan penyakit yang ramai orang geruni.

Maka doktor segera memberikan ubat / pil darah tinggi yang terbaik (aku pun dah lupa namanya). Tetapi kekuatan ubat tu seolah menyentak kestabilan darah, iaitu bacaan tekanan darah akan mendadak turun apabila memakannya dan dalam tempoh 6 jam lebih akan mencanak naik.

Kerana tidak berpuashati, aku rujuk kepada klinik swasta pula dan diberikan ubat yang kandungan dosnya kurang, alhamdulillah ia sesuai dengan darah dan keperluan tubuh.

Aku juga mencuba berubat cara kampong serta berbagai supplement sebagai alternative kepada ubat dadah. Supplement yang diambil memberi respon yang baik pada tekanan darah seperti produk royaljelly dan madulina. Tetapi aku tak mampu untuk menampung kos pembelian setiap masa.

Kemudian terkebetulan buat pertama kali ada sahabat yang memperkenalkan aku dengan produk HPA iaitu Malac. Katanya Malac dapat menyembuhkan batu karang selain ia bersifat universal sebagai pemangkin kepada produk HPA yang lain dalam melawan dan menyembuhkan penyakit.

Selepas dicuba untuk 1 bulan, alhamdulillah ada kesan baru pada tubuh. Aku rasa lebih sihat dan bacaan tekanan darah mula sedikit menurun dan stabil. Kencing kembali lawas dan terkadang keluar butiran atau hablur karang. 

Kemudian aku tambah lagi 3 jenis produk HPA sebagai tambahan iaitu Mengkudu, Madu dan Coscinium. Tak lupa juga aku mengamalkan meminum kopi Radix.

Pemakanan supplement ini tidak semestinya memberikan impak secara drastik. Ia juga memerlukan masa untuk bertindakbalas sepertimana pengamal ubatan Homeopathy. Selain itu ia juga bertindak mengikut kesesuaian darah serta disiplin dalam jadual pemakanannya.

Selepas 6 bulan aku mula dibenar untuk mengurangkan dos ubat dadah. Penyakit berstatus permanent ni walau apa cara pun ia takkan sembuh kecuali ubat atau supplement yang dimakan sekadar dapat mengurang dan menghalangnya dari melarat. Sebab itulah kita selalu dengar pesanan bahawa kawal penyakit sebelum kena.

Pengambilan ubat dadah mula dikurangkan daripada 2 biji sehari kepada 1 biji. Selepas 3 bulan ia dikurangkan lagi kepada setengah biji (1/2) sehari sahaja. Dan pengambilan supplement HPA tetap aku teruskan, kerana ia mendatangkan banyak kebaikan secara umumnya terhadap kesihatan dan kesegaran tubuh badan.

Tekanan darah dalam keadaan normal sekarang pada bacaan 130/86 dan kadangkala bila aku betul-betul tenang bacaannya pada tahap 130/80. Kira normal lah tu. Bila rasa sihat biasalah aku akan culas makan ubat dadah. Walau ter’miss’ sehari dua memakan ubat dadah, darah tinggi aku masih terkawal sejak mengamalkan Malac, Mengkudu dan Madu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET