Puak sekular Umno cuba mengujudkan situasi seolah tiada bezanya mereka dengan Pas. Yakni dalam Umno berpuak-puak begitu juga dalam Pas. Umno berpuak-puak mengikut kategori pitih, puak $500, puak $1000, puak $3000.
Berkait dengan puak pitih ni, ulama' atau lebih tepat 'ular dalam semak' pun bersekongkol. Makin tinggi nilaian pitih maka makin tinggilah songkok tu.
Peristiwa sepanjang zaman perihal ulama' pitih ni sepertimana kes bekas imam Masjid Negara yang sepak tong undi sebab kalah. Bila kalah alamatnya 'kurus' lah hasil ghanimah yang diperolehi.
Majoriti ulama' Umno diperamkan di institusi agama milik kerajaan seperti Yadim, Jakim dan lain-lainnya. Mulut mereka dizipkan, tidak boleh menegur Umno dan pimpinannya. Kalau pepandai sangat maka terimalah nasib seperti Allahyarham Datuk Ishak Baharom.
Hanya sekali sekala ulama' Umno keluar sarang, itu pun hanya sekadar penyeri majlis-majlis rasmi sebagai pembaca doa cuma. Tak berani nak berkokok lebih-lebih. Malah Mufti Perak sendiri adalah penganut tegar Islam Hadhari.
Berbeza dengan Pas, ulama' diangkat sebagai pemimpin dan para professional menjadi supporter ampuh yang menjulang perlembagaan Islam Pas, disamping Majlis Syura yang menjadi tulang belakang Pas, memandu arah tuju Pas dalam melaksanakan misi Islam yang syumul.
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Tiada pemisahan di antara golongan ulama dan profesional di dalam PAS. Demikian tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika perasmian penutup Sambutan Jubli Perak Ulama' di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak semalam.
Walau ada pun gelaran 'erdogan' atau 'muqabalah' dan lain-lain, itu adalah idea dari pihak lawan atau anasir luar yang memperakui kehadiran dan kehebatan dua golongan ini dalam Pas. Pihak lawan gagal dalam usaha mencorak krisis dan perselisihan dalaman Pas.
Hasil kebersatuan inilah sebab mengapa Pas semakin kuat. Bukan persaingan yang terbentuk tapi lebih dari itu iaitu sebuah persefahaman. Idea ulama' dan idea professional digabungkankan maka terserlah input terbaik memperkasakan Pas.
0 comments:
Post a Comment