Tuesday, February 5, 2013

Umno Perlu Calon Baru Untuk ADUN Paka


Awal tahun 2013 memaparkan kepada kita kemelut hebat melanda umpco bahagian Marang bilamana penentangan terbuka dilakukan oleh pihak yang tidak sebulu dengan YB ADUN Marang yang bermulut lancang kaki pemaki hamun ulama. Walaupun nampak setenang laut Cina Selatan di musim teduh namun nanah yang bersarang di dalam pekung umpco Marang semakin membuak. Sehingga ada pihak yang sudah hilang sabar sanggup merentangkan pemidang yang melahirkan cetusan tidak puashati mereka dengan nada "ADUN Pengkalan Berangan, Umno Perlukan Calon Baru" dibeberapa tempat sekitar DUN Pengkalan Berangan.

Malah dengan muka tak malu si isteri ADUN berkenaan dalam ucapannya di satu program pembahagian wang bantuan RM100 baru ni di Sek.Keb.Jambu Bongkok, sanggup mengugut orang kampung (terutama seteru beliau dalam umno) yang tidak menyokongnya tentang nasib dan bahana yang bakal diterima nanti jika suaminya menang dalam PRU-13 nanti. Kepala hotak YB umpco pun taraf tadika. Budak tadika reti bahasa bahawa umpco tu jahat bukan baik.

Sekarang pulak giliran umpco Bahagian Dungun bergolak. Kali ni karenah Timbalan Ketua umpco Bahagian Dungun yang glamer dengan gelaran Pok Ya. Tidaklah menggugat keselamatan negara tetapi sekadar mencerai beraikan rumahtangga beliau, kes perempuan lah katakan. Stended lah pantang YB umpco ni nengok pompuan dahi licin terutamanya artis, ibarat hati jatuh ke tanah lah, menggelupur depa.

Maka isteri beliau yakni Mastura telah mengemukakan permohonan cerai ke atas Pok Ya bukan sekali, bukan dua kali tapi yang ketiga kali. Gara-gara pompuan umpco Dungun tercalar akibat perbuatan orang kuat nya. Dulu depa duk kutuklah TGHH tu gatal kawin dua, berlindung dibalik imej Islam lah..bla..bla..bla.. tapi TGHH tadaklah bercerai berai, keluarga beliau harmoni aje, antara madu-madu pun saling kerjasama membantu perjuangan TGHH. Pulang paku buah keras.

Isteri YB mohon cerai, dakwa suami kahwin kakak artis

DUNGUN - “Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).
"Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini."
Demikian pengakuan Mastura Othman, 47, yang mengemukakan permohonan cerai ke atas Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60, di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.
Mastura, isteri kedua Zakaria, ketika ditemui wartawan sebaik keluar dari kamar mahkamah selepas kesnya disebut berkata, beliau sebelum ini sudah bercerai dua kali, dan kedua-duanya difahamkan tidak didaftarkan dan permohonan cerai tersebut adalah kali ketiga bagi pasangan terbabit, yang berkahwin lebih 20 tahun lalu.
Mastura, yang hadir ke mahkamah berbaju kurung oren berkata, kali pertama beliau bercerai dengan suaminya ialah pada 27 April 2012, dan kali kedua pada 18 Ogos 2012, iaitu beberapa hari selepas Aidilfitri.
Beliau menjelaskan, permohonan cerai kali ketiga itu dilakukan atas kerelaannya sendiri kerana beliau amat kecewa dengan perbuatan suaminya yang didakwa menyiarkan kisah hubungannya dengan isteri terbaru dalam sebuah majalah hiburan keluaran Disember lalu.
Menyentuh soal kedudukan suaminya dalam politik apatah lagi menjelang pilihan raya umum yang mungkin agak terjejas ekoran tindakannya itu, Mastura berkata, beliau tidak mahu memikirkan masalah itu kerana apa yang lebih penting baginya sekarang ialah hala tuju diri dan anak-anaknya.
“Itu terpulang kepada dia. Dia yang mencipta segala masalah. Ia (atas) kerelaan hati sendiri. Kita pun dah tua, anak dah besar, baik fikir diri sendiri.
“Dia minta saya buat selepas pilihan raya, tapi saya rasa tak perlu tunggu, lalu saya buat laporan pada 23 Januari. Hari ini apabila kesnya disebut, dia tidak hadir,” katanya.
Menyentuh mengenai perkahwinan ketiga suaminya, difahamkan dengan kakak salah seorang penyanyi tersohor, Mastura mendakwa, beliau mendapat tahu suaminya berkahwin seorang lagi pada Jun lalu setelah menemui gambar wanita berkenaan dalam telefon bimbit suaminya.
Mastura, yang mempunyai tiga anak berusia antara 10 dan 21, hasil perkongsian dengan suaminya yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun berkata, Zakaria mengaku wanita itu isteri terbarunya.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Shamsudin Ngah, menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kesnya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET