Fenomena gegaran kecil gempa bumi kerap melanda negara kita kebelakangan ini. Generasi hari ini sudah tidak boleh merasa selesa dengan beranggapan Malaysia selamat kerana berada luar dari lingkaran gunung berapi dan gempa bumi.
Dunia semakin tua dan tenat. Apa jua kemungkinan pasti berlaku. Jabatan meteorologi telah mencatatkan beberapa kejadian gempa kecil seperti di Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang.
Walau apa pun aku masih beranggapan fenomena ini adalah akibat dari dosa-dosa para pemimpin negara yang maksiat, korup dan pelbagai kebejatan lagi. Jangan kita lupa akan kemurkaan Allah terhadap kaum-kaum derhaka seperti kaum Lut serta Thamud yang dilaknat dan dimusnahkan Allah sepertimana diceritakan dalam Quran.
Gegaran-gegaran kecil yang melanda Terengganu dan Malaysia kini merupakan antara amaran-amaran awal dari Maha Pencipta. Namun mereka masih leka. Biarkanlah. Tapi kita lakukanlah tugas kehambaan kita dengan menambahkan ketaqwaan padaNya.
Gegaran Kecil Mungkin Dirasai Di Sekitar Tasik Kenyir
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Gegaran lemah mungkin dirasai di sekitar Tasik Kenyir apabila satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku pada pukul 11.10 pada Rabu malam.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.
"Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar Tasik Kenyir," kata kenyataan itu.-- BERNAMA
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.
"Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar Tasik Kenyir," kata kenyataan itu.-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment