Aku cakne juga pasal hiburan. Bukan buang terus tentang dunia artis ni. Bukan aku nak mencontohi dia orang tapi sekadar mengambil apa-apa isu yang boleh dijadikan sempadan.
Isu terkini perihal seorang pelakon yang sedikit masa dulu aku ada respek jugak lah. Walau mak dia otai 'kaum ibu' itu hal lain tapi lakonan mamat ni memang mantap dan menyentap jiwa, aku respek. Tapi sehari dua ni bingit kisah perbicaraannya di mahkamah kerana sangkut kes dadah.
Aku ada ikuti perkembangannya. Tapi cerita yang dibongkar oleh dua akhbar berita media baaru amat bercanggah antara satu sama lain membawa kepada percanggahan jauh dari sabit hukuman asal beliau.
Berikut adalah berita awal penangkapan Benji pada 13 Mac 2010 ;
Asalnya dinyatakan nilai rampasan dadah dari personaliti berkenaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta paling ditakuti iaitu Seksyen 39B yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Alih-alih hari ini dalam akhbar online yang lain pula melaporkan;
Sedikit kehairananlah kemana hilangnya saki baki beratus gram kokain yang telah dirampas dari pangsapuri Benji? Aku tanak tuduh sesiapa songlap atau seludup apa-apa.
Cumanya aku pernah jugak bertanya dengan 'cikgu-cikgu' kenapa sesetengah orang tu yang dia nyata sabit kesalahan berat dengan jumlah rampasan dadahnya tapi kemudian dipenjara beberapa tahun sahaja?
Jawab 'cikgu' tu kadangkala ada juga dari kalangan 'cikgu-cikgu' yang kesian atau simpati dengan pesalah dadah tersebut lalu dilaporkan pesalah sekadar membawa sekian bagian dadah dalam volume kecil sahaja. Atau semasa tangkapan tu ada 'cikgu' yang tolong buang sebahagian dadah rampasan.
Mujur jugaklah semoga Benji masih bernyawa atas dunia ni.
.jpg)
0 comments:
Post a Comment