Sunday, March 7, 2010

SPRM Usung Butuh, Renjer Hutan Usung Batu, Rela Usung Bulu

Huhh... bunyi macam hebat, "SPRM Tumpas Kegiatan Pembalakan Haram" tapi habuk pun tarak. Cuba korang fikir lojik la. Setiap kali 'rush' kawasan balak pasti balik bawak butuh masing-masing je. Adalah benda yang disita tu. Tapi benda nak wat aper? Kita nakkan orangnya yakni dalang kerja haram tu.

Jarang-jarang kita dengo penguatkuasa dapat tangkap setan yang tarah balak-balak tu. Kalau dapat pun setakat tukang masak la, tukang basuh baju la, tukang bawak sentaiwong sahaja. Tongkangnya mana? Selalu terlepas atau tak terjejak. Selalu diperbesarkan, diwar-warkan atau disensasikan konon penguatkuasa berjaya rampas benda atau barang dari port haram tu dengan nilai juta-juta. Hampehhh...

Payah sangat ker nak jejak? Lama dah aku duk pikir benda ni. Pastinya tak terkecuali korang semua pun terlintas penyelewengan seumpamanya. Sebelum sampai ke peringkat penguatkuasa serbu area tarahan tersebut, sudah berapa $juta dah mereka baham. Takkan takde sorang pun yang sedor? Renjer kerjanya hari-hari masuk hutan. Takkan tak terserempak kot? Musykil.

Aku syak ada tangan-tangan orang beso disebalik kegiatan itu. Apa korang tak syak??

SPRM tumpas kegiatan pembalakan haram
IPOH- Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu kegiatan pembalakan haram di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Perak dan Rela semalam.

Kawasan pembakalan haram berkenaan terletak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 9 pagi semalam, beratus batang balak yang baru dipotong dan dianggar bernilai jutaan ringgit serta beberapa jentera berat yang berada di kawasan itu disita.

Jurucakap SPRM berkata, tiada tangkapan dibuat kerana mereka yang terbabit dalam kegiatan itu sempat melarikan diri.

Beliau berkata, operasi berkenaan dipercayai dapat dikesan kerana jalan hutan untuk memasuki kawasan pembalakan itu dihalang dengan batang pokok dan jentera berat menyebabkan pasukan berkenaan hanya dapat memasuki kawasan itu selepas lebih dua jam perjalanan.
-Bernama

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET