Wednesday, March 3, 2010

Penguatkuasa Bajingan: SETAN KERTAS

Suasana sembang tengahari itu disebuah warong di Manir semakin riuh dengan gelak tawa. Salah seorang rakan menghidupkan suasana apabila beliau menceritakan kisah tentang kewujudan 'Setan Kertas'. Ia adalah satu isu yang agak lama dibualkan oleh warga Manir dan sekitarnya, hanya aku sahaja agaknya yang baru dengar sebab aku bukan anak watan Manir dan isu itu menarik untuk dikupas.


Kenapa Setan Kertas? Kerana Setan itu makan kertas. Bukan sembarangan kertas. Kertas ada tandatangan Gabenor Bank Negara.

Maksud 'setan kertas' itu sebenarnya ditujukan kepada warga penguatkuasa Majlis Bandaraya KT yang dulunya dikenali dengan nama Majlis Perbandaran KT. Aktiviti 'setan kertas' ni sebenarnya telah lama berleluasa. Sewaktu zaman Deris aktiviti 'setan kertas' semakin galak di sini.

Kenapa mereka digelar 'setan kertas'?? Sebenarnya bukan orang Melayu Islam yang memberikan gelaran kasar tersebut. Tetapi ia di'hadiah'kan oleh majoriti warga mata sepet yang berada di dalam lingkungan radius pentadbiran MBKT yang sekian lama mendapat penangan dari aktiviti tidak bermoral para penguatkuasa MBKT.

Apakah Modus Operandi Setan Kertas?

Sasaran Setan Kertas adalah golongan mata sepet kebanyakannya. Kerana golongan peniaga Melayu Islam majoritinya telah muak untuk memberi muka dan menggalakkan kerja-kerja kotor berkenaan. Jika sesama Melayu si bajingan penguatkuasa ini tak dapat cari makan.

Setan Kertas akan mengenalpasti mana-mana premis mata sepet yang melanggar undang-undang atau akta Majlis Bandaraya. Sebagai contoh melakukan pengubahsuaian kedai tanpa kebenaran MBKT.

Maka dari situlah para bajingan tersebut mencipta lubuk haram mengisi perut mereka dan keluarga. Para peniaga mata sepet tadi akan diugut atau di'pow' sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan. Selagi kesalahan itu tidak diperbaiki maka selama itulah Setan Kertas kenyang.

Caranya dalam setiap kali lawatan tertentu biasanya secara berkala, Setan Kertas akan disediakan 'juadah' berupa not RM50 dalam satu sampul surat. Dikatakan not RM50 adalah jumlah yang paling minima.

Bagaikan upacara ibadat kaum mata sepet menjamu 'tuhannya' dengan buah-buahan maka Setan Kertas pun mahu dilayan sedemikian tetapi berupa wang kertas. Oleh sebab hal demikianlah si bajingan penguatkuasa PBT yang terlibat digelarkan sebagai Setan Kertas.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET