Oleh: NOOR DIANA MOHD. RAZIS PERJALANAN agak panjang merentasi desa-desa di pedalaman di Tenom, perjalanan kami terhenti di satu kawasan penanaman padi. Kawasan yang agak luas menarik perhatian kami. Apakah ini yang Kerajaan UMNO/BN banggakan dengan pencapaian matlamat Kerajaan pimpinan mereka? Lihat sahaja, petani kampung suku Murut yang masih menjalankan sistem penanaman padi secara kuno yang masih digunapakai tahun 50-an. Dapat dilihat dengan jelas dan nyata bahawa tiada keperihatinan dari wakil-wakil rakyat BN yang telah mendapat undi dari penduduk-penduduk kampung? Di mana tanggungjawab wakil-wakil rakyat ini yang sepatutnya menjenguk dan menawarkan apa-apa khidmat bantuan Kerajan UMNO/BN? Bukankah mereka sepatutnya membela nasib para pengundi di kawasan yang diwakilinya? Satu persoalaan yang lain pula timbul, pernahkah mereka di ulu pedalaman ini di jenguk dan ditanya khabar? Tidak pernahkah ada bantuan untuk memajukan penanaman sawah padi mereka? Bagaimana mereka dapat mempertingkatkan ekonomi kehidupan mereka sekiranya tanaman padi yang mereka usahakan masih lagi ditakuk lama? Masih lagi menggunakan kaedah kuno? Kita semua amat maklum kaedah penanaman padi amat perlahan prosesnya, sekurang-kurangnya, sebagai wakil rakyat yang perihatin kepada pengundi-pengundi yang telah bermurah hati menyedekahkan undi mereka sehingga memangkin kemenangan pada diri masing-masing; hulurkanlah bantuan atau paling tidak jentera pembajak yang moden yang boleh digunapakai secara bergilir-gilir oleh penduduk kampung, suku Murut yang dari zaman British hingga merdeka di zaman Malaysia; mereka terbiar miskin. Hargailah mereka yang telah berjasa secara tidak langsung kepada wakil-wakil rakyat UMNO/BN walaupun mereka hanyalah penduduk pedalaman yang serba kekurangan. Inilah tugas anda sebagai wakil rakyat sebenarnya untuk membela nasib mereka yang jauh dari arus pembangunan kota. Inilah yang menyebabkan rakyat pedalaman kini telah beralih arah dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Inilah antara sebabnya pemimpin-pemimpin UMNO/BN telah mulai kehilangan pengundi-pengundi setia mereka hari demi hari. Rakyat undi mereka untuk bela nasib, tetapi mereka gunakan kedudukan mereka untuk kepentingan masing-masing, ada yang tidak hadir mesyuarat dewan undangan negeri dua penggal berturut-turut, ada yang pula berlumba-lumba cari artis-artis muda untuk di jadikan madu-regu untuk isteri masing-masing. Itulah pasalnya rakyat yang diwakili tidak mendapat perhatian dan perihatin sewajarnya dari wakil-wakil rakyat UMNO/BN. Maka janganlah salahkan rakyat seandainya pada PRU13 nanti akan berlaku lagi gelombang reformasi dan janganlah terperanjat seandainya ianya lebih hebat lagi dari PRU12. Jangan nanti ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana serangan sakit jantung dan jangan juga ada yang menangis tidak mahu meninggalkan kediaman rasmi seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Fikirkanlah!.
Sunday, March 14, 2010
KEMELUT PETANI DI ZAMAN BN, MASIH GUNA CARA KUNO?
Hasilkerja oleh wohulu at 09:33
Labels: copy-paste, ekonomi, politik, sosial
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment