Tuesday, April 13, 2010

Polis Ketegaq Pitih

Tak tau nak cakaplah puak polis ni. Kalau aku sumpah seranah lebih-lebih kang ada pulak Setan Berjambul ikut aku balik rumah. Pastu skodeng siang malam cari kes.


Tapi gitulah polis ni rata-rata dari kalangan yang takde iman asyik pikir 24 jam kerja nak makan sedap je. Sikit sangat yang ingat kat Tuhan, halal haram hentam semua.

Pangkat Sarjan polis bukan sembarangan. Kalau dikirakan skim bodek oleh Najib baru ni mau cecah 3 ribu sebulan kadar baru polis Sarjan. Kira OK lah tu bagi golongan berpendapatan sederhana ni. Nak buat camane kalau dah jenis lahabau tu lahabau jugaklah.

Sorilah kalau semua polis terasa. Kerana sekor buat hal habis yang lenlain dapat imej ekor... wakakakaka...

Hanya kerana RM300 sarjan dipenjara 18 bulan, denda RM10,000

IPOH - Hanya kerana menerima suapan RM300 seorang anggota polis berpangkat Sarjan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu hari ini selepas Megat Ahmad Megat Jaafar, 55, yang dibicarakan dan didapati bersalah menerima suapan itu daripada Rosli Baharom supaya memberitahu keluarga (Rosli) bahawa Rosli sedang ditahan polis kerana memiliki dadah.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Narkotik, Balai Polis Sitiawan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Sultan Idris Shah, Manjung pada 1.35 tengah hari pada 7 Julai 2005.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan penangguhan hukuman ke atas tertuduh yang dibuat peguam Abdul Roni Ahmad yang mewakilinya kerana mahu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Azhaniz Teh menetapkan ikat jamin tertuduh sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin baru. - Bernama

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET