Hari Khamis 26 Februari 2010 aku ke K.Trg atas beberapa urusan. Semua urusan itu bersangkutan dengan hal-hal cari makan. Bukan senang nak senang beb. Kena kasi belengas kelangkang dulu, basah baju dan hanyir badan dengan peluh. Perlu kerja keras dan 'struggle' asalkan hasilnya halal dari titik peluh sendiri.
Dalam perjalanan dari Dungun sudah semestinya samada mahu ataupun tidak kita akan melewati laluan Pekan Merchang. Pekan ini antara kubu kuat Umno DUN Pengkalan Berangan Parlimen Marang. Beberapa orang JKKK nya aku kenal walau mereka tak kenal aku.
Hebat sangat orang bilang JKKK Merchang ni. Banyak pembangunan dibawa masuk oleh mereka. Antara bangunan hasil bodek mereka seperti bangunan JKKK, lot kedai JKKK dan beberapa lagi...wakakakakaaa...
Seorang tokoh pemuda Umno pekan ini juga mengagumkan aku. Apa tidaknya. Sewaktu berjawatan guru dia sudah berupaya memandu BMW 318i. Dia diberitakan ada mendapat sebahagian kek dari projek besar 'bagi makan' kat beribu adik-abang polis MARTEK yang berkampung di K.Trg sewaktu PRK Kuala Terengganu. Itu dah tak habis makan oii..
Kemudian diceritakan tak lama kemudian beliau dilawati oleh pegawai SPRM. Aku agak ada dari kalangan sahabat Umnonya dengki. Biasa lah tabiat orang melayu, Umno pulak tu, akidah sekular lagi, tambah menebal hasad dengki sesama mereka.
Diceritakan lagi atas nasihat individu tertentu, pemuda ini pun meletakkan jawatan sebagai guru. Peliknya lepas tu dia tukar kereta. Makin besar yakni BMW 525 model lampu depan macam muka helang tu. Rumah tersergam indah. Aku agak kalau kat Merchang tu rumah dialah paling lawa. Agaknya rezqi di ada masyuk la tu. Nak dengki wat aper kan?
Aku saje nak buat perbandingan cara setiap seorang beroleh rezqi mereka. Pelbagai kaedah samada secara 'cah keting', 'tersepak', 'durian runtuh', 'bawah meja' dan macam-macam lagi. Apa yang penting mesti pastikan rezqi itu halal sebenar-benar halal. Jangan sampai ada yang payah berurusan di dalam kubur.
Disambungkan lagi cerita sewaktu melalui pekan tu, terpandang aku akan banyaknya kereta parking disekitar kawasan dewan sivik Merchang. Aku ingatkan ada mesyuarat Umno ke hape ke. Maklum la kereta besar-besar.
Rupa-rupanya dalam Meloya baru aku tau ia adalah perjumpaan membahagi-bahagikan pitih Elaun Sara Hidup kepada 740 nelayan dari kawasan Marang. Huhh.. gempak punya kereta nelayan pandu. Korang jangan ingat nelayan takde duit. Kadang-kadang dia orang punya income tak tercapai oleh aku.
Walau kaya camne pun mereka, Umno tetap beri perhatian atau 'priority' kerana mereka antara golongan paling mudah dibeli dan kena beli. Tak tahulah. Mungkin akibat latarbelakang ramai nelayan yang masih dhaif maka Umno memasang umpan 'pitih' terhadap mereka.
0 comments:
Post a Comment