Thursday, December 29, 2011

Bengkeng MPSJ!

Huhh..tercabar rasanya bila sang naga nak kena jentik telinga oleh awang kenit. Bertahun lamanya sang naga curi makan tanpa ada sesiapa berani usik. Kali ni awang kenit bagi amaran jika tak mau bayar ufti siap lah semua pondok tol sang naga akan menerima nasib sama macam orang biasa yang berniaga tapi tak bayar ufti.

Pasni boleh lah sang naga fikir opsyen seperti sediakan kacang putih dan air sirap limau disetiap pondok tol mereka untuk dijual kepada warga yang melaluinya sebagai menambah pendapatan sang naga akibat nak cover caj-caj yang akan dikenakan oleh awang kenit nanti.

Konsesi tol perlu ambil lesen perniagaan

SUBANG JAYA - Syarikat konsesi tol lebuh raya di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diwajibkan memohon lesen perniagaan bagi setiap pondok tol dan pejabat operasi yang dijalankan mereka mulai Januari depan.

Keputusan itu menjadikan MPSJ sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang mewajibkan syarikat konsesi tol mengambil lesen perniagaan.
Ahli majlis, Ng Sze Han berkata, polisi baru itu turut mewajibkan pengendali konsesi tol membayar caj iklan bagi logo syarikat yang digantung atau ditampal di pondok tol masing-masing.
“Untuk setiap pondok tol, kadar bayaran lesen dikenakan sebanyak RM1,000 setahun, manakala caj lesen pejabat operasi dikenakan mengikut saiz keluasan bangunan.
“Bagi iklan logo syarikat konsesi yang diletakkan di pondok tol pula, caj dikenakan sebanyak RM20 sebulan untuk satu muka,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya syarikat konsesi tidak membuat permohonan lesen perniagaan, mereka bakal berdepan tindakan­ sepertimana pernah dikenakan kepada pengusaha premis perniagaan yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
“Ahli Majlis MPSJ sebulat suara bersetuju mengenakan lesen perniagaan bagi semua pondok tol dan pejabat operasi konsesi tol di kawasan MPSJ.
“Di seluruh MPSJ, kita mempunyai tujuh plaza tol termasuk di Lebuhraya Kesas, Besraya, Plus Elite dan juga Plaza Tol Litrak, angka pondok tol masih belum diperoleh sehingga kini, namun surat sudah dikeluarkan kepada semua pengendali konsesi lebuh raya untuk makluman mengenai perkara ini,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat MPSJ, semalam.
Sze Han berkata, setakat ini hanya konsesi lebuh raya Kesas yang sudah menghantar permohonan lesen perniagaan untuk 25 pondok tol yang wujud di plaza tol mereka.
Jelasnya, polisi itu dilaksanakan berikutan selama ini PBT merasakan kurang adil kerana pengendali tol dianggap berniaga dan mengutip wang sama seperti peniaga lain.
“Sekiranya syarikat konsesi lebuh raya tidak membuat permohonan lesen perniagaan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan,” katanya.
Tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007, boleh dikenakan kompaun RM1,000 setiap kesalahan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET