Media cetak makin lama makin dokrokcettong. Selain dari berkonfrontasi dengan boikot pembangkang mereka juga terpaksa berdepan dengan kecanggihan media elektronik khususnya TV internet dan blogger yang melawan arus.
Nampak koman pulak wartawan kita bilamana terpaksa menadah dengan Barat. Sejak era CheDet mungkin belum ada wartawan media ampu yang mampu menghidangkan kepada para pembaca dengan bahan yang baik khususnya dalam hal politik.
Aku percaya kita semua pasti lebih cenderung untuk mengikuti perkembangan politik, kemudian perihal masyarakat dan akhir sekali hiburan. Yang kaki judi fokus pada ruang nombor ekor, mereka tak kisah hal lain hatta negara nak kena jual sekalipun.
Bagaimana agaknya hasil dari kursus tersebut? Adakah wartawan berkenaan akan melaporkan berita yang lebih terbuka atau semakin jumud dan sujud di kaki Umno/BN?
Wartawan Bernama Menimba Ilmu Di Bawah Program Speaker Amerika Syarikat
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Seramai 10 wartawan dari Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) menghadiri kursus penulisan berbentuk naratif selama tiga hari yang dikelolakan oleh Profesor Madya Janet E.Steele dari Universiti George Washington, Amerika Syarikat.
Kursus yang berakhir Rabu dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Bernama dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di sini.
Dalam ceramahnya, Steele, yang berkhidmat dengan Fakulti Media dan Perhubugan Awam universiti berkenaan, memberi tumpuan bagaimana wartawan media cetak boleh bersaing dengan media elektronik dengan menampilkan berita-berita yang lebih mendalam, penulisan baik dan berita bercorak analisis terperinci.
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
0 comments:
Post a Comment