Thursday, March 12, 2009

Cakap siang pandang-pandang II

Huhh… dah lama teman tak jenguk blog ni pasal tak sempat, bukan tak mau. Kebelakangan ni teman menyibukkan diri mencari rezeki. Maklum la nak ‘survive’ kan diri dan keluarga di era kemelesetan ekonomi sekarang.

Terkebetulan pagi tadi teman terima pelawaan dua sahabat untuk minum pagi dekat Restoran Abg Pa, yang sohor dengan nasi lemak kangkung. Sedang rancak berbual, dari dapur kelihatan Abg Pa berjalan menghampiri kami, pasti ada isu yang hendak disuarakannya, atau sekadar untuk mendengar cerita dan bercerita. Betul jangkaan teman tetiba Abg Pa buka mulut meluahkan isi hati tentang sikap PBT. Kritikannya adalah terhadapYDP Majlis yang baru, majlis daerah terkini yang dinaik taraf Majlis Perbandaran di Terengganu.

Kata Abg Pa, YDP baru ni sket berlagak. Dia baru dipindahkan dari Majlis Perbandaran Kemaman, dikatakan rapat dengan MB Mat Said, siapa tak kenal dengan fe’el gedebe Mat Said, begitulah juga dengan fe’el YDP ni, ada tempias egonya. Sebagai seorang yang berpengalaman dan berjasa menukar wajah Kemaman serasi dengan taraf Perbandaran maka sesuailah tugas itu untuk dia merealisaikan pula matlamat Majlis Perbandaran ini yang baru naiktaraf. Tapi kata Abg Pa lagi, YDP baru ni tak ada kompromi, mungkin ketegasan itu yang membuatkan segelintir peniaga rimas dengan peraturan dan suasana baru.

Yang terkini Abg Pa menerima lawatan dua pegawai Majlis Perbandaran yang membawa bersama surat perintah supaya kedai makannya dipasangkan ‘Tile’ atau ‘Mozek’ lantai, kata pegawai itu untuk keseragaman. Selain Abg Pa setakat ini ialah seramai 28 lagi peniaga dengan premis yang lebih kurang serupa mendapat surat cinta yang sama. Tempoh singkat diberi supaya dalam masa dua minggu Abg Pa laksanakan perintah tersebut atau keengganan akan menyebabkan lesen kedai ditarik balik. Undang-undang ciptaan manusia yang mengongkong sesama manusia, mana nak cekau sekurang-kurangnya RM10 ribu dalam tempoh singkat sebegitu. Kesian Abg Pa.

Sebelum itu Abg Pa telah pun menerima surat arahan supaya mengecat kedai dan pagar kedai dengan warna belang merah putih, tak tahu makna apa, mungkin identiti Majlis. Arahan itu belum sempat untuk Abg Pa layan atau sempurnakan, kini keluar lagi arahan baru. YDP tak pernah pun turun padang tengok situasi sebenar dan bertanyakan masalah peniaga tetapi setakat pandai memberi arahan. Kata Abg Pa, memang YDP tu yang bersekutu dengan Mat Said tak nak ambil iktibar dari kekalahan BN di PRK036 yang antara sebab kekalahan sedikit sebanyak adalah akibat dari tindak tanduk pihak Majlis yang tidak adil dan zalim.

Teman ada buat tinjauan juga di sekitar bandar ni dan mendapati hanya sebilangan kecil pemilik sahaja yang telah mengecat belang-belang kedai mereka dan tak ada langsung yang memasang ‘tile’ seperti yang diperintahkan oleh pihak Majlis. Teman fikir pastinya mereka tidak mampu untuk menampung kos bagi kerja-kerja pengubahsuaian tersebut kerana mereka rata-rata bertaraf peniaga kecil atau peniaga statik. Menurut Abg Pa lagi bahawa dia sanggup mengepalai seramai 28 peniaga lain yang bersetuju dengannya untuk mengadakan demo di hadapan pejabat Majlis Perbandaran tersebut bagi melahirkan tidakpuashati terhadap isu berkenaan. Entah tertunai entah tidak niat Abg Pa. Kita tengoklah nanti.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET